Belajar Forex – Bab 3 : Asas Forex Trading – Kenali Pasaran Forex

Pada bab ini kita akan belajar bagaimana kita buat untung dalam pasaran forex. Sila install MT4 Demo Akaun ke PC/Laptop anda untuk faham bab selepas ini.

Beli, Buy atau Long

Kita dapat menjana duit dengan forex trading ketika kita ‘buy’ pada harga rendah, dan ‘close’ pada harga tinggi. Contoh jika anda masuk posisi Buy USD/CAD bermaksud anda. Menukarkan CAD anda kepada nilai USD. Close adalah menutup posisi trading tersebut.

Buy juga dikenali sebagai Long.

Buy dilakukan ketika kita menjangkakan market akan bullish (menaik)

bagaimana-buy-forex

Seperti di dalam gambar, anda BUY pair USD/CAD pada harga 1.28565 dan CLOSE pada 1.32333
1.32333-1.28565 = 0.03768 bersamaan (376.8 Pip). Ini bermakna anda untung pada kadar 376.8 Pip.
Perhatian:
Pengiraan pip dikira dengan membuang titik perpuluhan pada hasil tolak nilai lebih tinggi dan lebih rendah. Contohnya macam di atas, hasil tolak 1.32333-1.28565 ialah bersamaan 0.03768. Buang titik perpuluhan ia akan menjadi 3768 point.

10 point bersamaan 1 pip. Untuk menjadikan nilai point kepada pip, nilai point perlu bahagi 10 menjadi 376.8 sahaja. Jadi ia akan disebut sebagai 376.8 pip.

Nilai Pip boleh ditentukan oleh anda sebelum memasuki POSISI trading samada BUY atau SELL. Katakan pada masa awal tadi, anda meletakkan harga 1 Pip bersamaan USD1.00. Ini bermakna selepas sahaja anda CLOSE posisi BUY tadi, anda telah untung USD376.80. Anda akan ditunjukkan cara tentukan nilai pip pada bab berikutnya.

Jual, SELL atau Short

Kita juga dapat menjana duit dengan forex trading ketika kita Sell pada harga tinggi dan Close pada harga rendah. Contoh jika anda masuk posisi Sell GBP/JPY, ini bermaksud anda tukarkan GBP milik anda untuk dapatkan JPY. Konsepnya tidak sama seperti jual barangan kerana matawang ini adalah berpasangan, iaitu dipanggil Pair. Anda boleh masuk SELL dahulu walaupun anda tidak mempunyai posisi BUY.

Ingat, untuk untung, anda perlu masuk SELL ketika harga tinggi dan CLOSE ketika harga rendah.

bagaimana-sell-forex

Seperti di dalam gambar, anda SELL pair GBP/JPY pada harga 186.053 dan anda CLOSE pada harga 184.117. 186.053-184.117 = 1.936 bersamaan 193.6 Pip. Ini bermakna anda untung pada kadar 193.6 Pip.

Perhatian:
Pengiraan pip dikira dengan membuang titik perpuluhan pada hasil tolak nilai lebih tinggi dan lebih rendah. Contohnya macam di atas, hasil tolak 186.053-184.117 ialah bersamaan 1.936. Sama seperti contoh sebelumnya, buang titik perpuluhan pada nombor tersebut dan bahagi kepada 10 menjadikan ia 193.6 sahaja, jadi ia akan disebut sebagai 193.6 pip.

Nilai Pip boleh ditentukan oleh anda sebelum memasuki POSISI trading samada BUY atau SELL. Katakan pada masa awal tadi, anda meletakkan harga 1 Pip bersamaan USD1.00. Ini bermakna selepas sahaja anda CLOSE posisi BUY tadi, anda telah untung USD196.30.

Teruskan belajar bab seterusnya.. klik topik di bawah

Belajar Forex dalam Bahasa Melayu Mudah Faham – PERCUMA

Bab 1 : Pengenalan Forex

1.1 Apa Itu Forex?
1.2 Apa Yang Diperlukan Untuk Trade Forex
1.3 Perbezaan Forex dan Saham
1.4 Kenali Matawang Utama dalam Forex Trading
1.5 Waktu Trading Forex

Bab 2 : Broker Forex

2.1 Panduan Memilih Broker Forex
2.2 Kenali Broker Forex Scam
2.3 Panduan Buka Akaun Forex

Bab 3 : Kenali Pasaran Forex

3.1 Kenali Pasaran Forex
3.2 Kiraan Asas Lot Volume dalam Forex
3.3 Bagaimana Buy dan Sell?
3.4 Bagaimana untuk Close Order?
3.5 Apa itu Take Profit dan Stop Loss?
3.6 Pending Order

Bab 4 : Asas Analisa Teknikal

4.1 Jenis Chart
4.2 Candlestick
4.3 Time Frame
4.4 Bentuk Market
4.5 Support dan Resistance
4.6 Trade Guna SnR

Bab 5 : Penggunaan Indikator Asas

5.1 Bollinger Band (BB)
5.2 Moving Average (MA)

Bab 6 : Asas Analisa Fundamental

6.1 Pengenalan Fundamental
6.2 Isu Interest Rate
6.3 Cara Baca Kalendar Ekonomi

Bab 7 : Pengurusan Risiko dalam Forex Trading

7.1 Kawalan Emosi dan Psikologi
7.2 Money Management (MM)

Bab Seterusnya : Keseluruhan Pembelajaran