“Mesti harga BTC dah penat kan sebab naik berterusan.”
Setelah melepasi $35,000 pada hari Rabu semalam, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) nampaknya merudum semula di bawah $34,600 apabila terdapat miners yang bertindak menjual pegangannya.
Menurut Charles Edwards, pengasas Bitcoin Capriole Investments berkata $35,000 adalah zon rintangan untuk BTC, oleh itu harganya mungkin akan membuat pergerakan mendatar dalam jangka pendek sebelum naik lebih tinggi.
Harga BTC dijangka akan mencapai paras $40,000 sehingga $45,000 dalam beberapa minggu lagi, ulas Edwards sambil menambah bahawa miner BTC telah menjual lebih banyak perbendaharaan mereka daripada biasa hari ini.
Suka dimaklumkan bahawa terdapat beberapa sebab yang mendorong harga BTC untuk mencecah paras tertinggi 17 bulan, antaranya adalah berkenaan spot BTC ETF yang dikhabarkan akan diluluskan tidak lama lagi.
Memang tidak dinafikan harga BTC telah menurun sedikit sejurus selepas melonjak tinggi, tetapi prestasi aset digital itu masih positif berbanding saham Amerika Syarikat (AS) di mana Nasdaq jatuh hampir 2.4% manakala S&P 500 pula 1.4%.
Kejatuhan saham tersebut adalah susulan daripada kenaikan mendadak 13 mata asas dalam hasil Perbendaharaan 10 tahun pada 4.95% ditambah pula pelabur berpandangan hasil pendapatan suku ketiga sangat lemah.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.89% pada paras $34,677 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $677 bilion seterusnya mencatatkan pendakian 22.08% sepanjang minggu lepas.