“Bagus bagus, banyak bank dah semakin bergerak ke depan dalam menyertai kripto.”
Raiffeisen Bank International Austria yang mempunyai sejarah 97 tahun merancang bagi menawarkan perkhidmatan perdagangan mata wang kripto kepada para pelanggan runcitnya di seluruh Kesatuan Eropah dan Eropah Timur pada penghujung Januari 2024.
Susulan memiliki beribu pejabat di Vienna, Bank Raiffeisen Austria yang memeterai perjanjian bersama bursa kripto Bitpanda akan mengadakan pelancaran awalnya di negara tersebut.
Menurut Curt Chadha, Ketua Inovasi Raiffeisen Bank berkata pelanggan dapat menggunakan peranti mudah alihnya untuk mengakses Bitpanda melalui aplikasi Raiffeisen, di mana pengesahan perdagangan akan berfungsi sama seperti pindahan bank akaun ke akaun dengan ciri keselamatan yang sama.
Selain memiliki aset berjumlah $215 bilion, bank itu yang akan memberi perkhidmatan kepada 17.8 juta pelanggan di Kesatuan Eropah dan Timur Tengah telah melihat langkah dilakukannya sebagai peluang demografi teknologi yang mencari pilihan pelaburan selamat.
Bukan itu sahaja, ia juga akan membenarkan pelanggan membuat pelaburan lebih kecil dalam kripto dan bukannya pelaburan lebih besar yang biasanya dikaitkan individu lebih kaya.
Bitpanda yang ditubuhkan pada 2014 di Vienna telah beroperasi di bawah pengawasan FMA Austria dan BaFin Jerman di mana ia membenarkan dagangan terkawal dalam pelbagai aset seperti saham, ETF, logam berharga termasuk kripto.
Oleh demikian, perkongsian bersama Bitpanda pada awal tahun ini adalah penting susulan Raiffeisen Bank dapat menawarkan rangkaian terpelbagai dalam perkhidmatan perdagangan, pelaburan dan perkhidmatan custody.