Emas dilihat cuba meredakan kedudukan harga semasa selepas melonjak tinggi menghampiri paras tertinggi sepanjang masa pada penutup dagangan Jumaat minggu lepas sebelum menjunam parah.
Kejatuhan harganya tercetus disebabkan oleh berlakunya campuran pada komponen data pekerjaan di Amerika Syarikat yang mencerminkan kebimbangan terhadap ekonomi semasa.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada posisi $2,497.34 iaitu masih kekal sejak ia dibuka pada awal dagangan hari Isnin.
Kedudukan angka terkini bakal meningkatkan jangkaan pasaran untuk berlakunya pelonggaran dasar yang lebih agresif oleh Fed dan mengheret USD melonjak ke paras tertinggi dua minggu. Secara tidak langsung, hal ini akan memberikan pergolakan harga emas yang ketara.
Buat masa ini, sentimen pergerakan emas kekal dipengaruhi oleh pertaruhan untuk pemotongan kadar oleh Federal Reserve (Fed) dan data-data ekonomi AS terkini.
Kebimbangan baharu tentang kemerosotan dalam ekonomi terbesar dunia itu menjejaskan selera pelabur terhadap aset berisiko.
Presiden Fed New York, John Williams berkata bahawa penurunan kadar tidak lama lagi akan membantu memastikan pasaran buruh seimbang.
Ia bersama-sama dengan ketegangan geopolitik yang semakin meninggi dan menjadi satu lagi faktor yang menyokong permintaan emas.
Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata 90% daripada perjanjian gencatan senjata Gaza dipersetujui walaupun isu kritikal kekal menjadi jurang utama.