Helium sebuah rangkaian berkuasa blockchain yang tidak berpusat untuk peranti Internet of Things (IoT), dimana mainnet Helium membolehkan peranti wireless berkuasa rendah berkomunikasi antara satu sama lain dan menghantar data merentasi rangkaian nodnya.
Nod yang datang dalam bentuk Hotspots merupakan gabungan wireless gateaway dan peranti perlombongan blockchain. Pengguna yang mengusahakan nod sekaligus melombong dan mendapat ganjaran dalam token matawang kripto asli Helium, HNT.
Dilancarkan pada Julai 2019 oleh tiga pengasas bersama iaitu Amir Haleem, Shawn Fanning dan Sean Carey.
Matlamat utama Helium adalah untuk menyediakan komunikasi IoT di masa depan.
Sementara itu, mari kita lihat carta pergerakan harga HNT/USDT.
Menurut pergerakan harga semasa, HNT telah membuktikan potensi yang cemerlang dalam pasaran dengan menghasilkan kenaikan lebih 1700% pada pembukaan pasaran di awal bulan Januari sehingga 28 Mei 2021 dengan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) mencapai $23.01.
Menurut jangkaan seterusnya, pergerakan harga dijangka bakal membuat kenaikan untuk menguji zon SBR (support become resistance) semula sekitar harga $16.00.
Sekiranya pergerakan harga HNT berjaya menembusi paras rintangan tersebut, pergerakan harga bakal menuju ke zon SBR (support become resistance) seterusnya dan akan membuat kenaikan yang lebih tinggi.
Namun, jika harga menyaksikan penurunan ke paras harga yang lebih rendah, zon SBR sekitar harga $13.00 bakal diuji untuk mempamerkan corak rebound atau meneruskan penurunan ke zon support yang pernah dicatatkan sebelum ini.
Lihat gambar carta matawang kripto HNT/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.