Parti PM Johnson Mengalami Kekalahan Memalukan, Tumpas Dalam Pilihan Raya Kecil!

1,168

Parti Konservatif yang memiliki pengaruh dan pentadbiran di Britain terpaksa berhadapan dengan kekecewaan yang besar apabila keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan bahawa pihak mereka gagal untuk mengekalkan kerusi. Hal ini secara tidak langsung, parti konservatif terpaksa melepaskan kerusi yang dipegang selama hampir 50 tahun.

Parti Perdana Menteri Boris Johnson tewas dalam pertandingan memilih MP untuk Chesham dan Amersham – bandar komuter yang makmur di Buckinghamshire, barat laut London.

Calon Demokrat Liberal yang berpusat, Sarah Green, memenangi lebih dari 56 peratus di sebuah kawasan yang dipegang oleh Tories sejak ia ditubuhkan.

Akhbar The Times melaporkan bahawa kekalahan itu telah menimbulkan kritikan dan kesangsian terhadap strategi yang digunakan oleh Parti Konservatif. Parti tersebut menujukkan bahawa mereka lebih menumpukan untuk merebut kerusi dari pihak pembangkang berbanding mempertahankan kerus.

Pada Mei lalu, parti Johnson telah memenangi pilihan raya kecil di Hartlepool. Ini secara tidak langsung telah menambah satu lagi kerusi parlimen di timur laut England daripada yang mereka perolehi dalam pilihan raya terakhir pada bulan Disember 2019, ketika Brexit menjadi isu utama.

Keputusan ini telah mengejutkan ramai pihak kerana ramai yang tidak menyangka bahawa yang dikatakan ‘tembok biru’ parti konservatif telah berjaya dipecahkan.

Pilihan raya kecil tersebut terpaksa diadakan selepas mantan menteri pentadbiran Cheryl Gillan yang telah memegang kerusi tersebut selama 29 tahun meninggal dunia.

Matawang GBP meneruskan penyusutan lebih dalam berbanding US dolar selepas berita ini dikeluarkan dengan didagangkan rendah sebanyak 0.42% pada paras harga 1.3861.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat