Tergempar! Bank Gergasi Sepanyol Ini Telah Mula Integrasi Kripto Dalam Sistem Perbankan!

2,051

Salah sebuah gergasi perbankan Sepanyol, BBVA melaporkan bahawa pihak mereka mengambil keputusan untuk melancarkan perkhidmatan perdagangan dan penyimpanan Bitcoin untuk pelanggan peribadi mereka.

Berdasarkan pengumuman rasmi syarikat, penerapan ekosistem kripto ini akan menjalani ujian selama enam bulan sebelum projek tersebut dijalankan secara meluas.

Perkhidmatan baru ini hanya melibatkan perkhidmatan perdagangan dan penyimpanan Bitcoin sahaja, dan akan memperluaskan perkhidmatan tersebut ke kripto lain dalam masa terdekat. Setakat ini,ia hanya tersedia untuk pelanggan di Switzerland. Bank tersebut memaklumkan bahawa peraturan kripto di Switzerland dikelolakan dengan baik.

Menurut CEO BBVA Switzerland, pelancaran secara beransur-ansur  membolehkan BBVA Switzerland menguji operasi perkhidmatan, memperkuatkan keselamatan dan yang paling penting dapat menarik lebih banyak pelabur untuk melabur dalam aset kripto.

Selain itu ia juga  membolehkan pelanggan untuk memantau pelaburan kripto dan juga pelaburan lain yang dilakukan dengan bank tersebut. Dalam masa yang sama memudahkan pelanggan dari segi perdagangan, penyata akaun dan cukai.

Perkhidmatan perdagangan dan jagaan Bitcoin BBVA, dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada 21 Jun ini. Perkhidmatan ini juga membolehkan penukaran aset kripto kepada euro dan matawang lain.

Harga Bitcoin kini didagangkan pada paras harga $36,859.03 seunit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat