Inflasi AS Menurun, US Dolar Ketara Melemah!

355

Tumpuan utama pasaran semalam terarah kepada penerbitan laporan data inflasi pengguna Amerika Syarikat (AS) untuk April yang menjadi petunjuk penting kepada bank pusat Federal Reserve (Fed) menentukan hala tuju dasar monetari mereka.

Berbeza berbanding bacaan inflasi pengeluar yang meningkat, bacaan tahunan indeks harga pengguna (CPI) AS menepati ramalan untuk menurun sedikit ke paras 3.4% dari paras 3.5% sebelum ini.

Ini kembali meningkatkan semula jangkaan untuk pelaksanaan langkah pemotongan kadar faedah oleh Fed, berkemungkinan seawal September.

Turut meningkatkan lagi jangkaan tersebut apabila data jualan runcit AS yang diterbitkan bersama semalam mencatatkan bacaan ‘flat’ di paras 0.0% untu April, lebih rendah berbanding ramalan 0.4%.

Walaupun ahli-ahli Fed termasuk Pengerusi Fed Jerome Powell berpandangan hawkish sebelum ini, namun data-data ekonomi AS seperti inflasi, jualan runcit dan pekerjaan hadir dengan bacaan yang suram.

Powell dan rakan-rakan dilihat masih berada pada persimpangan untuk memilih laluan mana yang tepat untuk diambil dalam mengekalkan kestabilan ekonomi AS.

US dolar memberi reaksi terhadap terbitan data inflasi semalam dengan bergerak susut sehingga ke penghujung sesi New York.

Ini menyaksikan corak penyusutan US dolar sebelum ini berterusan lagi malah lebih ketara semalam dan situasi dijangka kekal sehingga ke penutup minggu ini.

Kelebihan terus dimiliki oleh mata wang utama yang lain untuk terus menyinar ketika US dolar masih tersungkur jatuh dalam pasaran.

Namun, pelabur perlu kekal berwaspada dengan kemungkinan sebarang kejutan yang boleh berlaku menuju dagangan penghujung minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat