Top Trader Beri Ramalan Berani, Pasaran Kripto Bakal Bullish Pada 2024!

906

“Kalau ramalannya jadi kenyataan gembiralah pelabur, tapi macam mana kalau tak?

Traders terkemuka termasuk penganalisis Henrik Zeberg meramalkan seluruh pasaran mata wang kripto bakal melihat perkembangan secara besar-besaran sejajar dengan jangkaan inflasi merudum serta prospek ekonomi yang menjanjikan.

Bukan itu sahaja, Zeberg turut menjangkakan saham Amerika Syarikat (AS) bakal menggunung pada separuh kedua 2024 susulan kemelesetan mungkin bermula pada suku keempat tahun ini yang akan mengakibatkan penurunan pantas dalam pasaran lebih luas.

Menurut Tom Lee, Ketua Penyelidikan Fundstart yang berpandangan inflasi bakal jatuh secara mendadak pada separuh kedua tahun ini telah meramalkan harga BTC akan mencecah $150,000 menjelang tahun 2024.

Suka dimaklumkan terbitan data Indeks Harga Pengguna (CPI) yang dijadualkan terbit pada Rabu minggu ini berpotensi menjadi pemangkin kenaikan harga besar untuk seluruh pasaran kripto jika angka terbaru lebih rendah daripada yang diunjurkan.

Terdahulu pada April 2024, saham dan kripto jatuh drastik apabila inflasi AS terbukti lebih tinggi daripada jangkaan.

Rentetan itu, kebimbangan berhubung AS boleh memasuki satu lagi fasa stagflation* telah tercetus tetapi Pengerusi Fed Jerome Powell segera menangani kegelisahan tersebut dengan menyuntik keyakinan ke dalam pasaran.

*Inflasi tinggi yang berterusan digabungkan dengan pengangguran yang tinggi dan permintaan tidak stabil dalam ekonomi sesebuah negara

Pasaran saham AS naik mendadak selepas Fed mengumumkan rancangan untuk menurunkan harga pinjaman pada minggu ini, bagaimanapun BTC kekal dalam keadaan tidak menentu susulan harganya kini berlegar-legar di bawah $61,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat