Inflasi Pengeluar AS Atasi Ramalan, Powell Tidak Lihat Kenaikan Kadar Faedah Akan Berlaku

326
  • Inflasi pengeluar AS tinggi atasi ramalan
  • Jay Powell jangka kadar faedah tinggi dikekalkan lebih lama
  • USD melemah menjelang terbitan data CPI AS

Pasaran mata wang bergerak rancak pada dagangan sesi New York semalam dengan tumpuan pelabur terarah kepada beberapa acara penting termasuk terbitan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) serta kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell ketika menghadiri satu acara di Amsterdam.

Di awal sesi, data indeks harga pengeluar (PPI) mencuri tumpuan pelabur apabila data terbaru hadir dengan angka yang meningkat lebih tinggi dari ramalan bagi bulan April.

Ini mencetuskan ramalan awal untuk data inflasi pengguna AS yang bakal diterbitkan pada malam ini (Rabu) pula turut meningkat.

Seterusnya, pasaran mengalihkan perhatian kepada ucapan Fed Powell yang menghadiri perbincangan bersama Presiden De Nederlandsche Bank (NDB), Klass Knot di mesyuarat agung tahunan Foreign Banker’s Association (FBA) semalam.

Penganalisis simpulkan kenyataan yang disampaikan Powell sebagai ‘less hawkish’.

Menurut pandangan beliau, ekonomi AS akan catatkan pertumbuhan yang berterusan dan menjangkakan pasaran buruh kekal kukuh, namun keyakinan beliau terhadap penurunan inflasi adalah rendah.

Ketika diajukan soalan tentang sama ada inflasi akan berterusan, beliau mengatakan Fed belum mengetahuinya lagi.

Powell tidak melihat kadar faedah akan dinaikkan untuk mesyuarat selepas ini namun menjangkakan dasar ketat semasa akan terus dikekalkan untuk tempoh lebih lama.

US dolar mengukuh seketika pada awalnya sebelum alami penyusutan ketara menuju dagangan ke penghujung sesi.

Klass Knot pula yang juga sebagai ahli ECB menjangkakan waktu yang baik untuk memulakan pemotongan kadar faedah di Eropah adalah pada Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat