Ramalan Harga Emas: XAU/USD Masih Diniagakan Stabil

977

[Artikel Tajaan]

Harga emas dilihat masih lagi diniagakan stabil walaupun beberapa kenyataan yang telah dikeluarkan oleh beberapa ahli Fed semalam dilihat mampu menekan harga emas diniagakan rendah.

Secara kesimpulannya, Fed masih lagi bependirian tegas bahawa pelaksanaan pemotongan kadar faedah tidak akan dilaksanakan secara tegesa-gesa sehinggalah mereka mempunyai data dan bukti yang jelas bahawa kadar inflasi benar-benar stabil di bawah paras 2%.

Permintaan global pasaran emas masih lagi dilihat tinggi berikutan keadaan pasaran yang berisiko tinggi.

Faktor geopolitik perang, kemelut politik negara China-Amerika dan pembelian emas secara pukal oleh bank-bank pusat dunia masih lagi mendokong permintaan emas.

Laporan sumber “Gold Bullion” telah melaporkan Russia telah memperuntukkan sebanyak $1.2 billion untuk pelaksanaan pembelian matawang dan emas dari 8 Mei 2024 sehingga 6 Jun 2024.

Analisa Teknikal
Berdasarkan carta harian emas dilihat masih lagi diniagakan di atas paras $2,360 selepas struktur “pullback” telah berjaya dilakukan pada sesi pasaran minggu lepas.

Emas dilihat mampu  mencabar semula paras harga tertinggi sebelum ini sekiranya sentimen pasaran masih kekal tidak berubah.

Namun jika sebaliknya, $2,360 akan menjadi penghalang sebelum emas dilihat mampu menguji semula paras harga $2,286.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat