Trader Terkemuka Ramal 3 Altcoin Ini Bakal Meroket 1,660%!

2,939

“Pergh mesti semua gembira kalau naik banyak macam tu, tapi korang jangan bagi harapan tinggi juga ye.”

Penganalisis Ali Martinez, seorang ahli strategi mata wang kripto paling diikuti rapat sungguh percaya altcoin dibina pada blockchain Ethereum (ETH) pada masa ini sedang bersiap sedia melihat pendakian ketara dalam masa terdekat ini.

Memberitahu di dalam platform media sosial X beliau yang memiliki 62,100 pengikut, projek pengurusan supply-chain VeChain yang mengasaskan token VET didapati mencerminkan momentum bullish paling ditunggu-tunggu.

Diperjelaskan lebih lanjut, Martinez yang meramalkan altcoin bakal memperoleh keuntungan mengejut lebih 1,660% sebelum tahun 2024 tamat telah menjangkakan VET akan melihat pertumbuhan ketara pada musim luruh.

Menerusi pemerhatian pada carta penganalisis tersebut, Martinez nampaknya berpendapat VET akan menggunung sehingga $0.60 menjelang akhir 2024 di mana kini harganya didagangkan pada paras $0.033.

Bukan itu sahaja, Martinez turut meramalkan memecoin kedua terbesar Shiba Inu (SHIB) mengalami kenaikan besar-besaran tetapi harganya perlu melepasi $0.00002444 terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan lagi 20% pada $0.00002954.

Suka dimaklumkan pula Martinez juga mendedahkan jangkaan tentang rangkaian oracle decentralized Chainlink (LINK) di mana harganya mampu menyaksikan pergerakan reversal sebelum melonjak lebih tinggi.

Pada masa ini, harga SHIB yang didagangkan pada paras $0.0000237 masih merudum sikit 0.36% dalam tempoh 24 jam lalu sementara LINK pula turut merudum kira-kira 2.83% pada $13.06 dengan modal pasaran lebih $7 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat