Gerakan Houthi Yaman menjadi yang pertama menyertai perang ke atas Israel dengan dilaporkan telah melancarkan sejumlah besar dron dan peluru berpandu.
Pengumuman tersebut dibuat pada 31 Oktober semalam dengan serangan dilancarkan ke atas tentera Israel yang berada dalam kawasan Palestin.
Menurut jurucakap Yahya Saree, serangan besar-besaran telah dilancarkan ke atas Israel dan bakal ada lagi siri serangan tambahan untuk membantu kemenangan Palestin.
Kenyataan itu mengesahkan lagi ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah dan konflik yang turut melibatkan pengeksport minyak terbesar dunia, Arab Saudi.
Tambah Saree lagi, serangan terbaru itu adalah kali ketiga ke atas Israel sejak bermulanya konflik yang mengesahkan serangan dron pada 28 Oktober adalah dari mereka.
Juga insiden serangan pada 19 Oktober di mana telah dipatahkan oleh tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan berjaya memintas tiga peluru berpandu.
Pakatan pimpinan Saudi menuduh Iran menjadi dalang yang menyumbang dana, melatih dan menyediakan kelengkapan senjata kepada Houthi.
Namun gerakan itu menafikan sebagai proksi Iran dan mendakwa mereka membina senjata mereka sendiri.