Yen dan Swiss Franc mengukuh pada Selasa selapas dua serangan berasingan di Turki dan Jerman menimbulkan kebimbangan keselamatan di Barat. Keputusan semakan dasar dari Bank of Japan juga menyaksikan tumpuan utama diberikan oleh kebanyakan pelabur kepada matawang tersebut.
Pasaran diselubungi tanda tanya selepas duta Russia ke Turki telah ditembak mati selepas memberi ucapan di sebuah galeri seni Ankara oleh seorang pegawai polis. Kebimbangan semakin buruk apabila 12 orang terbunuh dalam sebuah trak di pusat bandar Berlin sempena jualan Krismas.
Swiss Franc melonjak 6 kali ganda berbanding Euro. Sementara itu, Lira Turki jatuh 3.5310 kepada Dollar.
US Dollar menyusut serendah 116.55 berbannding Yen pada Isnin.
Kekuatan matawang Greenback ini dibantu oleh komen positif dari Pengerusi Fen, Janet Yallen terhadap pasaran buruh AS.
Yen pula telah turun kira-kira 11 peratus sejak pilhanraya AS tersebut, namun prestasi Peso Mexico dan Lira Turki dinilai antara yang paling teruk semnejak kemenangan Trump.
Pelan ekonomi Trump dijangka akan membawa pertumbuhan AS yang lebih tinggi dan meningkatkan hasil bon Amerika Syarikat. Perkara ini menjadi punca utama kelemahan yen. Walaupun begitu, para pelabur tetap memberikan tumpuan terhadap mesyuarat semakan dasar oleh Bank of Japan dengan jangkaan dasar yang tidak banyak berubah.
Bagi matawang lain, Euro diniagakan menyusut sebanyak 0.5 peratus, sementara Pound turut mencacat nasib yang sama.
Selain itu, Aussie turut merosot dalam sesi ini.