Ekonomi Jerman dilihat mempunyai kebarangkalian akan menyusut lagi pada suku ini dan pemulihannya dilihat sukar, walaupun terdapat beberapa tanda-tanda bahawa peningkatan boleh berlaku pada awal tahun depan, nyata Bundesbank dalam laporan ekonomi bulanan pada hari Isnin.
Kemelesetan dalam sektor industri yang mendalam, Jerman telah menjadi antara ekonomi terlemah di Eropah pada tahun ini kerana kos tenaga yang tinggi, pesanan global yang lemah, dan kadar faedah yang lebih tinggi semakin memberi kesan.
“Pertumbuhan ekonomi kemungkinan sekali lagi akan sedikit menurun pada suku keempat 2023,” kata Bundesbank mengenai ekonomi negara terbesar dalam eropah itu.
Jerman mencatat pertumbuhan sukuan dalam ekonomi hanya sekali pada tahun ini. Walau bagaimanapun, bank pusat masih bersikap optimis mengenai tahun depan, berikutan kadar pekerjaan yang tinggi, pertumbuhan gaji yang kukuh, dan penunjuk sentimen yang stabil.
Waima begitu, bank pusat Jerman juga memperingatkan bahawa tiada bukti peningkatan berterusan dalam aktiviti industri global, dengan kajian menunjukkan penurunan dalam pesanan baru dan permintaan yang lemah secara keseluruhan.