“Banyak juga dapat kalau melabur dalam memecoin katak ni, tapi macam mustahil untuk harga capai $1.”
Pepe Coin (PEPE) telah menjadi bualan ramai dalam masa beberapa minggu selepas pelancarannya pada 17 April 2023, dan ramai yang berjaya kaut untung segera melalui kripto meme ini.
Untuk sekadar pengiraan, berapakah yang pelabur boleh dapat untung ketika harga PEPE capai paras $1 jika melabur sebanyak $100?
Semasa pelancarannya, PEPE telah didagangkan pada $0.00000005685 dan ini membawa makna seseorang individu boleh memperoleh lebih 100 bilion token sekiranya mereka melabur $100, dan dengan itu, pelaburannya akan bernilai $1.76 bilion apabila harganya capai $1.
Namun, pelaburan itu akan menjadi $7,658 iaitu mencatatkan pulangan 7,558,75% apabila PEPE berada pada $0.000004354 dan bernilai $1,659 sekiranya harga memecoin tersebut didagangkan pada paras $0.0000009434.
Jika mengambil harga semasa $0.0000009434 pada 25 Oktober 2023 pula, pelabur yang melabur $100 dalam PEPE akan mendapat lebih 105 juta token dan pelaburannya bakal menjadi $105 juta apabila harganya cecah $1.
Memang tidak dinafikan situasi untuk PEPE capai $1 adalah agak mustahil, tetapi pasaran kripto telah menyaksikan beberapa kejadian yang sukar dipercayai ditambah pula memecoin itu sendiri berjaya memecahkan rekod untuk jadi kripto terpantas capai modal pasaran $1 bilion.
Bagaimanapun, tiada jaminan PEPE akan capai $1 susulan ia hanyalah analisis yang menunjukkan potensi kripto untuk tukar pelaburan kecil pada keuntungan besar, jadi pelabur juga haruslah melakukan kajian dan penyelidikan sendiri.
Sehingga berita ini ditulis, harga PEPE menggunung sebanyak 27.36 pada paras $0.000001228 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $458 juta seterusnya mencatatkan lonjakan 96.17% sepanjang minggu lepas.