“Haih penat betul nak tunggu, bila agaknya spot BTC ETF akan diluluskan?”
Konsep ETF semakin mendapat perhatian penting dalam pelaburan mata wang kripto terutamanya dalam komuniti Ripple (XRP) susulan perdagangannya yang kurang kerap di pasaran awam bagi tujuan pengumpulan aset secara beransur-ansur.
Kemasukan ETF tersebut dapat mendorong banyak lagi institusi melabur dalam aset digital yang mampu membawa pada penurunan bekalan dan peningkatan permintaan, oleh itu ia akan meningkatkan harga kripto berdasarkan prinsip ekonomi asas.
Namun, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) masih berlengah-lengah dalam meluluskan spot bitcoin (BTC) ETF tetapi BlackRock tetap aktif memfailkan spot dan kini mereka memfokuskan pada Ethereum (ETH) pula.
Komuniti XRP juga sungguh yakin terhadap potensi untuk pelaksanaan spot XRP ETF pada masa hadapan susulan daripada pemfailan palsu ETF XRP baru-baru ini yang telah meningkatkan lagi harapan pelabur tegar aset digital itu.
Meluluskan spot BTC ETF adalah peristiwa penting dalam menyepadukan kripto ke dalam kewangan arus perdana kerana ia dapat mengesahkan BTC atau aset digital lain seperti XRP sebagai aset pelaburan sah seterusnya membuka jalan untuk penyertaan institusi yang besar.
Umum mengetahui bahawa kemasukan pelabur institusi dapat menyebabkan kestabilan dan kecairan pasaran lebih besar, jadi di sini dapat dilihat ia adalah faktor penting untuk daya maju jangka panjang termasuk penerimaan kripto.
Bukan itu sahaja, pengenalan BTC ETF juga dapat beri ekonomi impak positif di mana perubahan tersebut dijangka akan membawa lebih ketelusan dan kejelasan peraturan yang penting untuk pertumbuhan pasaran kripto.
Memang tidak dinafikan SEC bimbang tentang manipulasi pasaran, turun naik dan perlindungan pelabur dalam pasaran kripto, tetapi minat yang makin meningkat daripada pengurus aset utama serta landskap kawal selia berkembang telah menunjukkan kelulusan spot BTc ETF mungkin berlaku tidak lama lagi.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.06% pada paras $37,411 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $731 bilion manakala ETH pula naik lebih 0.07% pada $2,070 dan XRP raih 1.53% pada $0.62.