Adakah ramalan AmInvestment bakal menjadi kenyataan?
AmInvestment Bank Research optimis berkenaan prospek jangka panjang MyNews Holdings Bhd dengan potensi cawagan Supervalue dan CU Outlet-nya.
Firma penyelidikan tersebut menggariskan bahawa penambahan cawagan MyNews menyaksikan ia antara salah satu daripada beberapa saham premium pertumbuhan dalam segmen kedai runcit serbaneka di Malaysia.
Laporan pendapatan MyNews mencatat kerugian bersih sebanyak RM8.89 juta bagi susku ke-4 yang berakhir pada 21 Oktober 2021 (4QFY21) berbanding RM14.92 juta pada suku sebelumnya.
Hasilnya meningkat 10.87% pada RM104.08 juta dari RM93.89 bagi 3QFY21 dan menjangkakan keuntungan pada FY22 bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2022 akan meningkat dengan pembukaan semula ekonomi dan rancangan pengembangan rangkaian outlet MyNews.
Dalam pada itu, AmInvestment turut menyatakan corak perbelanjaan pengguna secara beransur-ansur kembali normal seperti semasa era pra-Covid-19 ekoran kelonggaran sekatan pergerakan menambah lagi keyakinan firma tersebut terhadap pertumbuhan MyNews.
Setakat ini, MyNews telah membuka sebanyak 41 cawangan CU dengan penambahan 36 cawangan sejak awal Oktober dan jumlah keseluruhan cawangan MyNews diseluruh negara sebanyak 518 cawangan.
AmInvestment mengekalkan saranan’beli’ bagi MyNews dengan nilai saksama tidak berubah sebanyak RM1.18 berdasarkan nisbah harga pendapatan yang tidak berubah sebanyak 29 kali FY23 pendapatan sesaham.
Sesi dagangan awal pagi menyaksikan saham MyNews naik 1.16% pada 87.5 sen dengan permodalan pasaran RM590.06 juta.