GBP/USD Bangkit Dengan Bergaya Sepanjang 4 Hari Berturut-Turut

357

Memang cemerlang!

Itulah yang dapat digambarkan kepada harga di carta pasangan matawang GBP/USD yang terus kekal mencatatkan kenaikan sepanjang minggu ini yang sekali gus mencipta paras tertinggi yang terbaharu.

Ketika pembukaan sesi Eropah semalam (Khamis), harga sama sekali telah pun menampilkan prestasi cemerlang dengan mencatat pendakian untuk menguji zon SBR (support become resistance) 1.34000.

Sungguhpun begitu, pergerakan harga tampaknya tersentak di penghujung sesi untuk kekal bergerak perlahan dan mendatar pada zon SBR itu sehinggalah bersambung ke sesi dagangan hari ini (Jumaat).

Matawang Pound bagaimanapun masih lagi memanfaatkan kesempatan untuk mengukuh pada ketika sentimen risk-on terus memberi sinar kepada pasaran di kala krisis jangkitan Omicron makin mereda.

Faktor tersebut terus memberi impak kepada matawang safe-haven termasuk dolar greenback untuk kekal lemah pada dagangan minggu ini angkara pelabur mula berani untuk mengambil sedikit risiko.

Namun pelabur turut dijangka bakal terus melihat kepada perbincangan isu Brexit yang masih belum termeterai di antara UK dan Perancis meskipun ada kala UK berencana ingin selesaikan krisis terbabit.

Ringkasnya paras tertinggi sebelum ini sekitar 1.33640 kemungkinan akan sekali lagi diuji serta paras halangan Moving Average 50 (MA50) bakal kembali dicecah jika harga membuat penurunan semula.

Penurunan lebih rendah lagi secara tidak langsung akan mendorong pergerakan harga menuju ke zon RBS (resistance become support) 1.33000 dan barangkali akan memberi isyarat awal perubahan trend.

Manakala zon rintangan 1.35000 berkebarangkalian bakal menjadi sasaran yang paling hampir untuk dicapai andai kata harga terus catat pendakian sebelum dijangka akan berupaya mendaki lebih tinggi.

Yakni yang mana pendakian yang agresif akan menyokong pergerakan harga menuju ke zon rintangan seterusnya 1.36000 yang mana zon itu pernah menghalang lonjakan harga pada awal November lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat