Ramalan Harga Emas XAU/USD: Laporan Data U.S GDP Dalam Tumpuan

856

[Artikel Tajaan]

Laporan data U.S PMI yang telah diterbitkan pada awal minggu ini telah dilaporkan lemah berbanding sebelum ini dan ia sekaligus menjadi keraguan terhadap pola pertumbuhan ekonomi Amerika seterusnya menimbulkan keraguan terhadap kenyataan Fed di dalam pengekalan kadar faedah untuk tempoh yang lebih panjang.

Pada ketika ini pasaran menjangkakan pelaksanaan pemotongan kadar faedah akan dilaksanakan pada mesyuarat FOMC siri September 2024.

Pada malam ini laporan pertumbuhan data ekonomi Amerika (U.S GDP) bakal menjadi tumpuan utama pemain pasaran.

Analisa Teknikal
Berdasarkan carta harian, emas telah didagangkan tutup di bawah paras $2,318 sekaligus memberikan gambaran indikasi bahawa pasaran emas berisiko untuk diniagakan rendah.

Walau bagaimanapun, tekanan geopolitik yang masih lagi tidak stabil dan risiko kenaikan inflasi disebabkan kenaikan minyak masih menjadi tumpuan utama pemain pasaran.

Jika $2,300 diuji semula pada hari ini dan tidak berjaya ditembusi, paras harga $2,265 bakal menjadi halangan utama.

Di sisi lain, jika paras harga $2,324 berjaya ditembusi, emas dijangka akan menguju semula paras $2,350. Kenaikan terus akan tertumpu di paras harga $2,360.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat