Jaga-jaga! USD/JPY Bagai Telur Di Hujung Tanduk!

452

Antara mata wang yang kini menjadi tumpuan dalam pasaran adalah Yen yang didagangkan susut ke paras terendah 34 tahun berbanding US dolar.

Kebimbangan menguasai pelabur yang berwaspada dengan risiko campur tangan (intervention) oleh bank pusat dan kerajaan Jepun berikutan kejatuhan berterusan negara itu.

Mesyuarat polisi Bank of Japan (BOJ) akan berlangsung pada esok (Jumaat) dengan jangkaan kadar faedah akan dikekalkan di paras 0.10% selepas pertama kali bank pusat menaikkannya bulan lepas dari paras negatif yang dikekalkan sejak 2016.

Kenyataan susulan oleh gabenor Kazuo Ueda akan diperhatikan sama ada terdapat bayangan untuk tindakan campur tangan akan berlaku dalam pasaran.

Meneliti carta harga pasangan mata wang USD/JPY, kenaikan yang berlaku pada Rabu semalam telah melepasi paras 155.00 yang mengundang kebimbangan pelabur.

Trend kekal bullish dengan pergerakan harga yang masih bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Corak kenaikan harga diteruskan pada hari ini (Khamis) dengan paras ketinggian terbaru yang dicapai setakat awal sesi Eropah adalah sekitar 155.700.

Ini adalah paras paling tinggi harga pernah catatkan sejak tahun 1990 dan dijangka masih ada potensi untuk kenaikan diteruskan lagi.

Jika tiada sebarang khabar dari BOJ untuk campur tangan, pasaran akan berpandukan kepada pergerakan US dolar yang kini sedang menantikan terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) di sesi New York malam nanti.

Kenaikan harga jika diteruskan boleh catatkan paras ketinggian terbaru seperti sekitar 156.00 atau 157.00.

Namun, akan menjadi petanda amaran kepada pelabur sekiranya harga kembali susut di bawah paras 155.00 semula.

Penurunan harga berkemungkinan akan bermula sebelum harga menuju zon tumpuan sebelum ini seperti di 153.00 atau 152.00.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat