Analisis GOLD – Harga Emas ‘Tergantung’ Sekitar $2,330, Bakal Ada Kejutan?

1,071

Pergerakan harga emas perlahan dan mendatar pada dagangan Rabu semalam di mana harga tidak meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

Ketika perkembangan di Timur Tengah reda seketika, tumpuan kembali terarah kepada data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan memacu pergerakan US dolar sekaligus mempengaruhi turun naik harga emas semasa.

Penentuan nasib emas pada penghujung minggu ini adalah bergantung kepada data pertumbuhan ekonomi AS suku pertama 2024 di sesi New York malam ini, dan pada Jumaat esok pula data indeks harga PCE akan diberikan tumpuan.

Justeru, pergerakan mendatar harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar diperhatikan.

Penurunan ketara telah dipaparkan dari pembukaan awal minggu dan pada Selasa harga jatuh mencecah paras 2300.00.

Harga kembali melantun dan sepanjang dagangan Rabu semalam, harga mendatar di sekitar bawah paras 2330.00.

Pergerakan harga bersambung pada hari ini menyaksikan harga berlegar di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu menunjukkan isyarat awal untuk trend bullish bermula.

Jika kenaikan harga kukuh dipamerkan, harga bakal menuju semula ke paras ketinggian dicapai pada minggu-minggu sebelum ini.

Rekod tertinggi sepanjang masa kekal di paras 2430.00.

Sebaliknya, penganalisis memberi amaran untuk kejatuhan lanjut emas boleh berlaku dengan reaksi pasaran terhadap data yang diterbitkan.

Terjunan harga di bawah paras 2300.00 akan menguatkan keyakinan terhadap jangkaan penurunan lebih rendah buat emas.

Sasaran terhampir adalah pada zon 2270.00 untuk diuji sebelum penurunan lanjut yang diteruskan berkemungkinan boleh mencecah sekitar 2222.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat