Ramalan Harga Emas XAU/USD: Mampukah Emas Terus Diniagakan Tinggi?

1,295

[Artikel Tajaan]

Emas melonjak naik ke paras $2,417 pada awal sesi dagangan hari ini berikutan serangan balas Israel terhadap Iran.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Iran sejurus selepas serangan itu seolah-olah meremehkan tindakan yang telah dilakukan oleh Israel, lapor pegawai tertinggi angkatan tentera negara itu bahawa serangan balas yang telah dilaksanakan oleh Israel dilihat sebagai gagal ini kerana percubaan serangan udara telah digagalkan hampir kesemuanya oleh Iran.

Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Iran ini dilihat mampu menghadkan kenaikan harga emas ke paras yang lebih tinggi ketika ini.

Pemain pasaran akan tertumpu terhadap perkembangan status geopolitik ini dan ia dijangka mampu memberikan impak yang aggresif seperti yang telah berlaku pada awal dagangan hari ini.

Analisa Teknikal
Berdasarkan carta 4 jam (4-Hours Time Frame), harga tumpuan emas semasa tertumpu di paras $2,380.

Jika paras tersebut berjaya dipertahankan, emas dijangka mampu menguji semula paras tertinggi di paras $2,432.

Namun jika sebaliknya, emas dilihat mampu diniagakan rendah sehingga ke paras $2,365 sebelum $2,324 menjadi tumpuan utama pemain pasaran emas.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat