AUD/USD Maju Lebih Tinggi Didorong Data CPI Australia Terbaru

100

Dolar Australia mendapat sokongan padu untuk mengukuh di sesi Asia pagi ini (Rabu) susulan laporan data inflasi terbaru yang diterbitkan.

Meneliti laporan, inflasi tahunan Australia kembali catat peningkatan kepada 3.5% untuk Mac, setelah kekal berada di paras 3.4% selama 3 bulan berturut-turut sejak Disember ke Februari.

Justeru, ini adalah kadar inflasi tertinggi 4 bulan yang berkemungkinan akan mendesak Reserve Bank of Australia (RBA) untuk berpandangan serupa seperti Federal Reserve (Fed), iaitu mengekalkan dasar yang ketat untuk menurunkan kadar inflasi.

Impaknya, dolar Aussie kukuh ke paras tertinggi terbaru 2 minggu berbanding US dolar.

Pergerakan harga diteliti berdasarkan carta pasangan mata wang AUD/USD.

Corak kenaikan harga sebenarnya telah mula dilihat sejak dari awal minggu lalu selepas harga melantun di penutup dagangan minggu lalu dari paras terendah 0.63700 yang dicecah.

Selepas melepasi rintangan awal di zon 0.64500, harga meneruskan pendakian mencapai paras 0.64900 di sesi New York semalam.

Pada sesi Asia pagi ini pula, terbitan data inflasi Australia itu telah menyokong harga untuk terpacak lebih tinggi lagi dengan ketinggian terbaru adalah berhampiran 0.65300.

Momentum mula perlahan menyambung dagangan pembukaan sesi Eropah dengan harga sedikit berundur dari ketinggian tersebut.

Ditambah pula dengan situasi penyusutan US dolar selepas data PMI Amerika Syarikat (AS) diterbitkan merosot, harga berpotensi dipacu ke paras lebih tinggi.

Jangkaan kenaikan harga bakal diteruskan untuk menguji zon rintangan tumpuan berikutnya sekitar 0.65400 sebelum sasaran beralih ke paras lebih tinggi, 0.66000.

Sekiranya corak bullish harga itu gagal dikekalkan, waspada untuk kemungkinan harga boleh membuat terjunan semula.

Susut di bawah paras 0.65000 akan mendorong harga tergelincir kembali ke zon tumpuan 0.64500 semalam.

Seterusnya, selepas terdapat faktor lebih jelas yang menekan harga ke bawah, sasaran adalah untuk harga mencecah semula zon support 0.63700 minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat