Bertukar ‘Bullish’, GBP/USD Meloncat Dari Paras Terendah 5 Bulan

119

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD mula beralih arah kembali pada dagangan Selasa semalam berikutan pasaran memberi reaksi terhadap data yang diterbitkan.

Menjadi tumpuan untuk beberapa sesi, terbitan data PMI bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan untuk ekonomi-ekonomi utama telah memacu pergerakan mata wang.

Bacaan sektor perkhidmatan untuk Jerman dan UK cemerlang, sementara sektor pembuatan catat angka yang merosot bagi bulan April.

Sementara, data PMI untuk Amerika Syarikat (AS) catat angka yang mengecewakan bagi kedua-duanya dengan sektor pembuatan mula catatkan bacaan di bawah paras sempadan 50 mata.

Kebimbangan terhadap kesihatan semasa ekonomi AS mendorong penyusutan US dolar berlaku ketara pada sesi New York semalam.

Namun, penganalisis menunggu terbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS dan indeks harga PCE untuk menentukan arah pergerakan yang lebih jelas.

Meneliti carta GBP/USD, harga yang telah menjunam ke paras terendah tahun ini pada 1.23000 Isnin lalu kembali pulih semula semalam.

Perubahan trend dikenalpasti dengan kenaikan harga yang melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Lonjakan di sesi Eropah bersambung ke sesi New York melepasi rintangan 1.24000 dan mencapai ketinggian paras 1.24500.

Harga dijangka akan menyambung kenaikan lebih tinggi menuju rintangan pada 1.25000 yang menjadi tumpuan diuji pada dagangan minggu sebelum ini.

Isyarat lebih bullish buat harga boleh mendorong kenaikan diteruskan dengan sasaran yang beralih ke sekitar 1.26000 pula.

Namun jika berlaku kejatuhan semula harga, paras 1.24000 akan menjadi persinggahan awal untuk diuji dengan reaksi harga akan diperhatikan.

Jika tembus ke bawah, harga akan meneruskan penurunan menuju ke zon support 1.23000 yang dicecah awal minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat