“Hmm rasanya kali ni tindakan SEC betul, sebab BlackRock memang buat salah kan?”
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) mendakwa BlackRock atas kesalahan menyelia lebih $9.43 trilion dalam aset dan secara tidak tepat melaporkan kadar faedah tinggi daripada pelaburannya dalam Aviron Group yang merupakan sebuah syarikat penerbitan filem.
Dari 2015 hingga 2019, firma gergasi pelaburan itu yang terlibat dengan Aviron telah membiayai satu sehingga dua filem setiap tahun, tetapi kadar faedah daripada usaha tersebut didapati dinaikkan secara palsu.
Menurut Andrew Dean, Ketua Bersama Unit Pengurusan Aset Bahagian Penguatkuasaan SEC berkata bahawa para pelabur sangat bergantung pada butiran tersebut untuk membuat sebarang keputusan penting.
Bagaimanapun, BlackRock yang memberi data palsu bukan sahaja telah mengelirukan pihak berkepentingan malah melanggar kepercayaan orang ramai dalam hubungan pelaburan yang kian dikenali.
Menjawab pertuduhan tersebut, BlackRock bersetuju untuk perintah cease-and-desist dan menerima penalti $2.5 juta.
Selain didakwa oleh SEC, BlackRock turut tertekan apabila firmanya BTC ETF termasuk iShares Bitcoin Trust telah dialih keluar daripada tapak web DTCC selama beberapa jam, tetapi kini sudah muncul semula.
Memang tidak dinafikan pasaran kripto sejak kebelakangan ini telah menyaksikan kenaikan ketara apabila terdapat khabar mengatakan spot BTC ETF akan diluluskan tidak lama lagi, bagaimanapun penyahsenaraian tiba-tiba menyebabkan pelabur makin kurang yakin.