Dolar Kanada dijangka akan menerima impak positif pada dagangan minggu ini susulan perkembangan pasaran minyak mentah global yang menggemparkan pasaran.
Nilai komoditi emas hitam itu mencanak tinggi pada penghujung minggu lalu selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersama sekutu (OPEC+) mengumumkan langkah pengurangan pengeluaran minyak.
Pemotongan sehingga 1.16 juta tong sehari melibatkan Rusia, Arab Saudi, UAE, Kuwait dan beberapa lagi negara yang dengan sukarela bersetuju untuk bersama-sama mengurangkan pengeluaran.
Pengurangan bekalan akan mendorong lonjakan harga minyak, dan ini sekaligus akan membuatkan nilai dolar Kanada juga meningkat susulan komoditi itu merupakan eskport utama Kanada.
Situasi ini juga dilihat akan mendorong corak penurunan harga yang akan berterusan lagi pada carta pasangan mata wang USD/CAD.
Jika diperhatikan, sepanjang minggu lalu harga telah membuat penurunan sehingga bersambung ke awal minggu ini mencecah zon tumpuan pada 1.35000.
Faktor yang turut mendorong situasi pergerakan tersebut adalah penyusutan yang berterusan oleh US dolar sehinggalah sedikit mengukuh pada penutup dagangan minggu lalu.
Trend kekal bearish dengan pergerakan harga masih berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD tersebut.
Walaupun dolar Kanada dijangka akan mengukuh, namun harga memaparkan kenaikan pada dagangan sesi Asia pagi ini (Isnin) menguji MA50 bersambung pembukaan sesi Eropah.
Jika halangan MA50 gagal dilepasi dan dolar Kanada mula mengukuh di sesi berikutnya, harga dilihat bakal meneruskan penurunan di bawah zon 1.35000.
Penurunan lanjut harga akan menuju sekitar 1.34000 untuk catatkan paras terendah terbaru 7 minggu.
Namun jika harga melonjak lebih tinggi menembusi halangan MA50, waspada untuk petunjuk awal perubahan trend bullish yang bakal bermula.
Kenaikan bakal menuju paras sekitar 1.36500-1.36800 yang membentuk zon SBR (support become resistance) untuk harga mengujinya.
Seterusnya, rintangan pada ketinggian 1.3800 akan menjadi sasaran berikutnya jika corak kenaikan harga berjaya dikekalkan.
Selain pasaran minyak mentah, tumpuan akan terarah pada laporan data pekerjaan Kanada dan NFP AS pada penghujung minggu yang akan mempengaruhi pergerakan kedua-dua mata wang itu.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG