Kejutan OPEC Gemparkan Pasaran!

968

Harga minyak melonjak tinggi pada awal minggu selepas pasaran dikejutkan dengan tindakan OPEC+ untuk memotong pengeluaran minyaknya.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan meningkat ke paras tertinggi hampir 1 bulan spada $84.95 setong susulan lonjakan 6.3%.

Sementara dagangan minyak mentah WTI Amerika Syarikat pula diniagakan pada $80.47 setong, membawanya ke paras paling kuat sejak akhir Januari lalu.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya yang dikenali sebagai OPEC+, telah menggemparkan pasaran dengan pemotongan pengeluaran sebanyak 1.16 juta tong sehari.

Dengan pemotongan tersebut, ia dilihat akan merumitkan lagi prospek terhadap inflasi dan kadar faedah global.

Hal ini kerana, sebelum ini pasaran jangkakan tekanan harga akan berkurang dan memberi ruang kepada bank pusat untuk menghentikan kitaran pengetatan semasa.

Dalam pada itu, pengurangan eksport minyak Kurdistan Iraq susulan pertikaian yang melibatkan pihak berkuasa Kurdish sejak minggu lalu terus memberi sokongan buat minyak mentah.

Dari segi permintaan, pelabur kekal positif tentang pemulihan China, dengan PetroChina dan Cnooc Ltd. baru-baru ini berkata ekonomi domestik yang pulih boleh membantu mengurangkan kesan pertumbuhan global yang lebih perlahan.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat