“Fulamak bukan biasa-biasa, boleh ke harga ADA naik sampai macam tu?”
Prestasi Cardano (ADA) sangat mengagumkan apabila harganya berjaya menyaksikan momentum kenaikan berterusan di mana mata wang kripto tersebut yang mencapai $0.40 pada Khamis lepas telah mendaki 50% sepanjang bulan lalu .
Menurut penganalisis kripto terkenal Ali, penembusan zon rintangan penting $0.45 pada awal Disember dapat mendorong harga ADA untuk meneruskan kenaikan sehingga $0.75 menjelang akhir tahun 2024 kemudian mencecah $6.50 sebelum musim panas 2025.
Ali sebelum ini turut berpandangan harga ADA akan mengalami lonjakan ke $10 menjelang suku kedua tahun 2024 susulan jumlah address yang memegang aset digital itu adalah 4.46 juta manakala address aktif dan volum transaksi juga naik termasuk jumlah nilai terkunci (TVL) yang sudah lebih $262.08 juta.
Bukan itu sahaja, pengasas ADA Charles Hoskinson baru-baru ini dilaporkan telah memberi sedikit penerangan tentang keadaan naik taraf Voltaire yang menandakan kemuncak hala tuju pembangunan untuk aset digital tersebut.
Melalui pelaksanaan model tadbir urus baharu, pengguna rangkaian mempunyai keupayaan untuk memanfaatkan hak kepentingan dan mengundinya termasuk menyumbang pada pilihan penting mengenai kemas kini software dan lain-lain.
Selain daripada naik taraf Voltaire, wallet Cardano Lac juga telah mendapat sambutan hangat susulan menampilkan beberapa keupayaan multi-tasking.
Sehingga berita ini ditulis, harga ADA melonjak sebanyak 1.77% pada paras $0.38 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $13 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 0.24% sepanjang minggu lepas.