“Hmm agaknya harga BTC akan naik atau turun masa data CPI nanti?”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) yang memecah $37,900 pada 9 November 2023 telah berundur semula di bawah $36,400 apabila para pedagang kini sedang menunggu data Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada malam ini.
CPI yang berkait rapat dengan peralihan dalam kos sara hidup dijangka akan berkembang 0.1% untuk Oktober 2023, di mana ia menandakan peralihan penting daripada kenaikan 0.4% yang dilihat pada September.
Pada minggu lalu, Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell bukan sahaja berkata bank pusat AS tidak akan teragak-agak menaikkan kadar faedah untuk memastikan kestabilan harga malah berpandangan mereka masih tidak melakukan pendirian dasar monetari yang cukup ketat.
Rentetan itu, pedagang BTC mungkin akan lebih bersikap berhati-hati susulan data inflasi teras yang mengecualikan item tidak menentu seperti makanan dan tenaga dijangka dikekalkan pada 0.3%.
Memang tidak dinafikan CPI teras kekal tinggi, tetapi ekuiti serta-merta akan menyaksikan impak positif manakala dolar AS pula mungkin menghadapi tekanan sekiranya data dikeluarkan adalah seperti yang dijangkakan.
Inflasi lebih tinggi dapat mendorong aset berisiko misalnya BTC untuk mendaki lebih tinggi daripada harga semasanya, jadi di sini dapat dilihat aset digital tersebut boleh dipengaruhi disebabkan data CPI untuk Oktober.
Namun perlu diingatkan kesan pengeluaran data makroekonomi terhadap turun naik BTC adalah jangka pendek susulan kenaikan harganya sentiasa bergantung pada kelulusan spot BTC ETF yang paling dinanti-nantikan.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 1.82% pada paras $36,418 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $711 bilion tetap tetap mencatatkan lonjakan 4.03% sepanjang minggu lepas.