US dolar pamer penyusutan nilai pada dagangan penghujung sesi New York selepas reaksi pasaran terhadap mesyuarat FOMC dan ucapan susulan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.
Kadar faedah kekal seperti dijangkakan di paras 5.50% dan pelabu menghadam kenyataan yang disampaikan oleh Powell selepas mesyuarat.
Powell menekankan dasar yang ketara sedia akan akan dikekalkan, namun tidak memberi petunjuk untuk kenaikan kadar faedah pada mesyuarat Disember.
Tumpuan pasaran seterusnya dilihat akan beralih kepada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat yang mendapat isyarat suram daripada data pekerjaan ADP di sesi New York semalam.
Namun, data tawaran pekerjaan JOLTS tampil dengan angka yang lebih tinggi berbanding ramalan.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga pada mulanya berlegar susut ke sekitar 1.05200 sebelum melonjak semula selepas mesyuarat FOMC.
Kenaikan harga diteruskan hingga bersambung ke sesi Asia pagi ini (Khamis) dengan harga dilihat menguji paras tumpuan pada 1.06000.
Sekiranya kenaikan harga berjaya tembusi zon tersebut, pergerakan bullish akan diteruskan untuk harga mencapai semula paras ketinggian dicatatkan pada Selasa lalu pada 1.06700.
Seterusnya, zon rintangan 1.07000 akan menanti untuk diuji jika corak kenaikan tersebut berjaya dikekalkan.
Namun, jika harga sebaliknya menjunam semula ke bawah, susut di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut akan memberi isyarat untuk penurunan harga bermula semula.
Sasaran adalah untuk menuju zon support pada 1.05000 setelah mengatasi paras terendah untuk dagangan beberapa minggu ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG