Pagi ini, ringgit mengalami penurunan berbanding US Dollar untuk hari yang ketiga berikutan penurunan terhadap unit tempatan.
Pada jam 6 petang semalam, RM dilihat menyusut kepada 4.6895 dan ia berterusan ke pagi ini dengan mencecah nilai 4.7180.
Menurut ketua ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Bhd, Dr Afzanizam berkata indeks harga pengguna turun 0.2% tahun ke tahun dan data Oktober menunjukkan People’s Bank of China akan mengekalkan pendirian monetari akomodatifnya dalam tempoh terdekat yang seterusnya akan memberikan lebih banyak kelebihan kepada US Dollar.
Katanya lagi, ringgit dijangka akan terus melemah selepas mereka mencatatkan peningkatan pada Isnin lepas.
Negara-negara ASEAN lain menunjukkan perubahan susut nilai seperti Singapura iaitu 3.4493/4540 kepada 3.4563/4617 dan Baht Thailand daripada 12.1453/1670 kepada 13.1802/2065.