“Jangan mempersoalkan, mungkin firma ini nampak potensi yang ada pada XRP.”
BitPay, penyedia perkhidmatan pembayaran mata wang kripto terkemuka berjaya memeterai perjanjian bersama syarikat perdagangan game video global, Xsolla bagi menyepadukan token Ripple (XRP).
Penyepaduan itu membawa makna bahawa XRP akan digunakan sebagai kaedah pembayaran untuk game mereka seperti Smitegame dan Roblox, di mana pemain boleh membeli atau bermain melalui kripto kegemarannya.
Ditubuhkan pada tahun 2005, Xsolla telah menjadi pemain utama dalam industri gaming susulan menawarkan tools penting untuk membantu pembangun game melancarkan, mengewangkan dan mengedarkan ciptaan mereka pada skala global.
Xsolla yang mempunyai lebih 200 juta pengguna aktif bulanan dan pangkalan pengguna aktif harian kira-kira 65.5 juta telah menyaksikan kejayaan kewangan sangat besar kerana pengguna membelanjakan $773 juta untuk pembelian in-game pada suku pertama 2023.
Rentetan daripada perkembangan itu, BitPay bukan sahaja akan memudahkan penyepaduan XRP malah memastikan sambungan wallet kripto untuk pengguna platform game berjalan lancar.
Selain BitPay memiliki lebih 30 pedagang yang menerima XRP, aset digital juga disepadukan oleh pemain utama lain seperti FCF Pay dan Coinflip yang membenarkan beribu-ribu pedagang menerima kripto dalam pada tawaran pembayarannya.
Pada masa ini, harga XRP masih merekodkan penyusutan sebanyak 0.82% pada paras $0.49 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $26 bilion seterusnya tergelincir 0.12% sepanjang minggu lepas.