Pound Sterling kekal berada dalam kelompok mata wang berisiko selepas menutup dagangan minggu lalu di paras lebih rendah.
Walaupun hari ini 19 Julai (Isnin), merupakan hari yang ditetapkan untuk pembukaan semula ekonomi UK dengan menamatkan langkah sekatan pergerakan, namun tetap tidak memberi kesan pergerakan positif untuk Pound.
Ini berkemungkinan disebabkan oleh kebimbangan kes jangkitan harian yang dilaporkan melebihi paras 50,000 dan ramai rakyat UK diarahkan untuk menkuarantinkan diri selepas dikesan kontak rapat dengan individu yang dijangkiti.
Situasi tersebut dilihat menenggelamkan sentimen “Freedom Day” UK pada minggu ini yang diharapkan dapat membantu memulihkan prestasi Pound dalam pasaran.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-bakal-kukuh-10am
Pada carta harga carta pasangan mata wang GBP/USD, mengecewakan buat pelabur apabila harga menutup dagangan minggu lalu lebih rendah selepas jatuh di bawah paras sokongan 1.38000.
Harga telah keluar dari zon 100 pips harga pada pergerakan yang dipaparkan sepanjang minggu lalu dan mencecah ke paras sekitar 1.37600 di penghujung sesi New York pagi Sabtu.
Menyambung dagangan pada pembukaan pasaran awal minggu, harga turun sedikit rendah pada sesi Asia untuk menuju support minggu-minggu sebelum ini sekitar 1.37400.
Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta akan kekal memberi isyarat untuk trend menurun harga.
Zon support pada 1.37000 dilihat akan diuji pada minggu ini dengan sasaran lebih rendah selepas melepasi zon tersebut adalah menuju ke paras 1.36000.
Untuk situasi kenaikan, paras 1.38000 akan menjadi rintangan terbaru harga pada minggu ini dengan jangkaan harga yang gagal tembus, akan terus menyambung penurunan.
Sekiranya harga tembus zon 1.38000-1.38300 bakal memberi isyarat awal untuk kenaikan harga semula seterusnya menguji zon 1.39000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI