Permulaan Berdarah Matawang Utama Di Sesi Eropah

506

Dolar greenback melonjak lebih tinggi pada awal sesi Eropah, mengheret kebanyakan matawang utama untuk menjunam rendah di tengah sentimen yang berisiko.

Pada pembukaan sesi Eropah, indeks dolar melambung, melepasi paras ketinggian terbaru sejak awal April dengan meningkat di sekitar harga 92.90.

Bacaan data jualan runcit AS yang positif terus memberi sokongan buat dagangan greenback untuk terus mengukuh, di mana ia kembali menunjukkan pertumbuhan pada bulan Jun selepas merekodkan penguncupan besar pada bulan sebelumnya.

Hal ini dilihat akan menyumbang kepada salah satu alasan buat Fed untuk mula mengurangkan pembelian bonnya, walaupun pada minggu lalu Pengerusi Jerome Powell mengatakan masih terlalu awal untuk melakukan perubahan dasar.

Sementara itu, keresahan pasaran terhadap kebangkitan coronavirus di seluruh dunia terus menekan dagangan matawang utama ketika pelabur beralih ke matawang safe-haven US dolar dan yen sebagai perlindungan.

Di UK, angka kes harian yang mencecah hampir 50,000 setiap hari menyebabkan keterujaan pelabur matawang pound untuk bebas daripada sekatan coronavirus pada hari ini semakin pudar.

Hal ini dapat dilihat pada awal sesi, di mana pasaran saham Eropah dibuka lemah dan matawang pound sterling pula menjunam ke tahap terendah terbaru tiga bulan berbanding USD.

Matawang komoditi terus menerima tamparan daripada pengukuhan USD, mendorong dolar Kanada jatuh ke paras terendah tiga bulan dan dolar Aussie pula terendah hampir tujuh bulan.

Matawang euro juga susut lebih rendah susulan lonjakan dolar greenback, dengan tumpuan pasaran kini tertumpu pada mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) yang akan berlangsung pada hari Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat