[Artikel tajaan]
Seperti yang sedia maklum, sentimen Geopolitik Israel-Gaza kian meruncing. Sejak awal minggu lepas, harga emas telah diniagakan tinggi daripada $1,830 sehingga kini di sekitar $1,940.
Namun pergerakan harga emas pada minggu ini kini dilihat seolah sedang menantikan petunjuk baharu bagi sentimen pasaran seterusnya.
Pada awal pagi esok Oktober 19, 2023 antara jam 0:00 hingga 6:55 (GMT+8) pasaran akan menantikan petanda baharu di dalam hala tuju mesyuarat FOMC yang bakal berlangsung pada November 2023 nanti, di mana beberapa ahli komiti FED akan berucap mengenai projeksi mesyuarat akan datang.
Untuk pengetahuan, acara yang bakal berlangsung malam ini merupakan acara rasmi Fed yang dilakukan pada beberapa minggu sebelum kedatangan FOMC dan acara ini dikenali sebagai “Fed Blackout Period“.
Sepanjang tempoh ini, ahli-ahli Fed dijangka akan memberikan petunjuk baru di dalam pasaran. Kebiasaannya mereka akan memberikan projeksi kadar faedah berdasarkan data-data ekonomi yang telah dikeluarkan baru-baru ini.
Ini dijangka akan memberi kesan kepada pasaran termasuk “US 10-Y Treasury Yield” sekaligus dapat memberikan corak terhadap pasaran emas XAU/USD.
Petunjuk yang bakal dikeluarkan awal pagi nanti dijangka dapat membantu pasaran dalam menentukan hala tuju harga emas sama ada akan terus melakukan kenaikan atau sebaliknya.
Pasaran “Gold Futures”
Pada awal pagi hari ini pasaran “gold futures” dilihat telah mengalami pertambahan sebanyak 3,000 dagangan “open interest” dan penyusutan sebanyak 17,600 volume pegangan kontrak. Oleh disebabkan hal ini, pasaran emas (spot market) dilihat mampu melakukan lonjakan harga disekitar paras $1,950.
Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI