Gempar pada Sabtu lalu apabila dilaporkan Hamas telah melancarkan serangan mengejut terbesar dalam sejarah ke atas Israel dengan ribuan roket menghujani negara haram itu.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh yang menggelarkan operasi ‘Taufan Al-Aqsa’ itu menyifatkan serangan tersebut sebagai balasan ke atas rejim Zionis yang mencabuli masjid Al-Aqsa selain kekejaman ke atas tahanan palestin di penjara.
Dilaporkan sekurang-kurangnya 700 tentera Israel terbunuh dan 2,000 yang lain cedera selepas ribuan roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza.
Turut dilaporkan tentera Briged Al-Qassam juga menyusup masuk ke selatan Israel dan menangkap lebih 30 tentera Israel dan dibawa masuk ke Semenanjung Gaza.
Komander Israel, Nimrod Aloni juga telah berjaya ditangkap oleh pejuang Hamas.
Palestin dilaporkan mendapat sokongan dari Iran untuk memulakan serangan terbesar ke atas Israel meliputi serangan darat, air dan udara.
Susulan itu, Israel bertindak balas dengan melancarkan operasi ‘Iron Swords’ dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu serangan balas akan dilancarkan dan dengan yakin akan menghancurkan bumi Palestin.
Tentera Israel telah mensasarkan kawasan penempatan yang menyerang penduduk awam mengakibatkan jumlah yang tercedera akibat serangan terus meningkat.
Jumlah kematian setakat serangan itu tercetus telah melepasi angka 1,000 korban dengan ribuan tercedera.
Kesan Pada Pasaran Global
Pembukaan pasaran di awal minggu telah menyaksikan harga minyak melonjak tinggi, begitu juga pada harga emas.
Sentimen pasaran dikhuatiri akan berisiko susulan kebimbangan pelabur terhadap situasi tidak menentu yang sedang melanda akibat konflik perang yang tercetus.
Amerika Syarikat (AS) pula mengumumkan pakej bantuan ketenteraan untuk Israel sambil diberi amaran oleh kumpulan militan Iraq yang akan mensasarkan pangkalan AS dan tenteranya jika campur tangan.
Masih terlalu awal untuk melihat kesan ke atas pasaran kewangan, namun penganalisis menasihatkan kepada para pelabur untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan pergerakan yang tak terjangka.