Endahkan Hukuman, CZ & CEO OpenAI Bekerjasama!

126

“CZ memang tak tahu erti lelah ke, tetap berusaha bangkit balik walaupun didakwa macam-macam.”

Demi meneroka potensi pelaburan dalam Artificial Intelligence (AI), bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance Changpeng Zhao sedang berada dalam perbincangan strategik bersama CEO OpenAI Sam Altman.

Sungguhpun CZ mungkin berdepan tiga tahun penjara atas kesalahan membenarkan pelbagai skim pengubahan wang haram di Binance, beliau tetap ingin melakukan urus niaga baharu tanpa berasa gentar.

Menerusi pemerhatian, CZ pertama kali bertemu Altman pada tahun 2023 sebelum meletak jawatan sebagai CEO Binance kemudian mereka berdua melakukan satu lagi pusingan perbualan susulan daripada perubahan kepimpinan di OpenAI pada akhir November 2023.

Dilaporkan oleh seorang profesor sains komputer di Universiti Columbia Ronghui Gu, CZ dan Altman sungguh percaya AI akan banyak membantu bagi merealisasikan pembangunan teknologi dan pengetahuan manusia.

Gu turut mendedahkan bahawa CZ sedang mencari peluang bagi melabur dalam pusat data luas yang menyokong aplikasi AI, tetapi pelaburan pilihan CZ, OpenAI atau pesaingnya sehingga kini masih tidak diketahui.

Suka dimaklumkan CZ secara terbuka membincangkan cita-cita termasuk minatnya dalam web3, kewangan decentralized dan AI biarpun beliau dilanda masalah undang-undang.

Pendakwa raya AS menuntut hukuman penjara 36 bulan kepada CZ susulan mereka berpendapat hukuman sedemikian akan menghalang beliau dan yang lain daripada melanggar undang-undang Amerika Syarikat (AS) untuk keuntungan kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat