Enggan Jejaskan Perjanjian Dengan China, Trump Tangguh Rang Undang-Undang Etnik Uighur

372

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata bahawa beliau menangguhkan untuk mengenakan sekatan ke atas pegawai-pegawai China yang terlibat dalam penindasan etnik Uighur di Xinjiang untuk mengelakkan perjanjian perdagangan fasa 1 dengan Beijing terjejas.

Trump mengatakan perkara tersebut dalam satu wawancara bersama Axios dengan memberitahu alasan beliau tidak membalas tindakan China adalah kerana untuk mengelakkan timbulnya masalah dalam perjanjian dagang yang bernilai $250 bilion itu.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan terdapat lebih daripada satu juta umat Islam telah ditahan di kem tahanan bertempat di Xinjiang. Jabatan Negara juga menuduh China menundukkan umat Islam untuk diseksa dan dianiaya.

Walaupun begitu, China menafikan dakwaan penganiayaan tersebut dan mengatakan kem-kem tersebut adalah sebahagian daripada usaha untuk memberikan latihan vokasional dan membantu memerangi ekstremisme.

Sebelum ini juga pegawai AS ada memberitahu bahawa sejak akhir 2018 mereka telah mempertimbangkan sekatan terhadap China tetapi menahan dari berbuat demikian bagi menjaga hubungan perdagangan dan diplomatik antara dua negara.

Di bawah perjanjian perdagangan fasa 1 yang dirundingkan pada tahun 2019 dan berkuatkuasa pada Februari tahun ini, China bersetuju untuk membeli sekurang-kurangnya $200 bilion barang dan perkhidmatan AS selama dua tahun.

Bekas penasihat keselamatan negara, John Bolton dalam sebuah buku yang ditulisnya, menuduh bahawa Trump meminta pertolongan Presiden China Xi Jinping untuk membantunya memenangi pilihan raya 2020 dengan melakukan pembelian barang pertanian dan beliau juga menyokong Xi untuk terus membangunkan kem di Xinjiang.

Jadi, adakah ini bermaksud dakwaan John Bolton mengenai Trump meminta bantuan Xi Jinping untuk memenangi pilihan raya 2020 dengan melakukan pembelian barangan pertanian AS adalah benar?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat