Enggan Ketinggalan, Solana Bakal Lancar Spot ETF!

452

“Hmm agak-agak boleh ke spot Solana ETf diluluskan dulu sebelum Ethereum?”

Dunia mata wang kripto tidak lama lagi bakal digemparkan topik hangat baharu berhubung spot ETF Solana (SOL) yang kini sedang dalam perjalanan diperkenalkan di Amerika Utara oleh sebuah organisasi persekutuan berpangkalan di Kanada SOLWealth.

Susulan pengenalan spot BTC ETF di Amerika Syarikat (AS) telah meningkatkan minat dalam ETF, SOLWealth rancang memanfaatkan momentum positif itu melalui penyerahan prospektus bagi spot ETF SOL kepada pihak berkuasa Kanada.

Banyak permohonan telah dibuat sebagai tindak balas pada populariti ETF BTC di AS yang berjaya mengumpul $53 bilion mengagumkan pada tahun ini, antara penyumbang terbesarnya adalah BlackRock dan Fidelity Investments.

Spot SOL ETF hanya akan menumpukan pada token SOL, oleh itu kepelbagaian sedia ada ETF biasa tidak akan tersedia dengan ETF SOL sebaliknya ia bakal menyediakan cara untuk menonjolkan lagi prestasi aset digital tersebut.

Suka dimaklumkan SOL yang terkenal memiliki kos transaksi rendah dan kebolehskalaan mungkin mempunyai peluang kedua tertinggi untuk diluluskan sebagai ETF susulan penilaian pasarannya adalah $60.2 bilion.

Rentetan itu, platform tersebut akan lebih berkemampuan untuk menyokong projek dan aplikasi lebih besar termasuk menyediakan pelabur dengan kepelbagaian dalam pasaran ETF sekali gus memperoleh lebih banyak daya tarikan.

Setakat penulisan ini, harga SOL yang didagangkan pada paras $135 telah merekodkan junaman sebanyak 0.11% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $60 bilion kemudian susut 12.71% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat