Enggan Naik, BTC Terjun Lagi Tanpa Henti!

441

“Hmm kalau jatuh lagi, ini peluang terakhir untuk pelabur sauk lagi kan?”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) melemah sehingga $60,966 sejurus selepas para pedagang mengambil keuntungan serta liquidated positions long seterusnya menyebabkan jumlah dagangan semakin merudum.

Bukan itu sahaja, kejatuhan BTC turut tercetus disebabkan kenyataan hawkish daripada pegawai Federal Reserve (Fed) Neel Kashkari, tindakan kawal selia, options expiry akan datang termasuk pergerakan harga kripto yang agak lemah.

Menerusi pemerhatian, lebih $400 juta telah liquidated di seluruh pasaran kripto dalam beberapa hari lepas dan perlu diketahui liquidation order terbesar berlaku di OKX, di mana seseorang bertindak menukar Ethereum (ETH) pada dolar Amerika Syarikat (AS) bernilai $3.86 juta.

Selepas merekodkan aliran bersih positif selama dua hari berturut-turut, data daripada Farside Investors pula menunjukkan spot BTC ETF berpangkalan di AS mencatatkan aliran keluar berjumlah $15.7 juta pada 7 Mei 2024.

Menurut firma analisis kripto 10x Research, $2 bilion unlocks dalam tempoh sepuluh minggu akan datang dapat menurunkan altcoin ekoran acara bekalan bernilai berbilion dolar AS boleh melambatkan lagi sebarang pemulihan.

Token unlocks dalam jumlah besar biasanya merupakan peristiwa menurun susulan bekalan akan meningkat melalui pengagihan aset yang sebelum ini locked dalam kontrak peletakan hak kepada ahli pasukan, organisasi dan pelabur awal termasuk firma modal teroka.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 1.73% pada paras $61,475 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi tetap mencatatkan kenaikan 6.69% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat