ETH Meroket Menghampiri $2K! Apa Yang Berlaku Pada ETH?

303

Ethereum melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh dua bulan selepas pemaju berjaya membuat pengujian terakhir sebagai persiapan untuk menaikkan taraf yang dijangka akan berlaku pada bulan depan.

Mata wang kripto kedua terbesar di dunia mencapai harga melebihi $1,917 semasa penulisan berdasarkan data daripada CoinMetrics. Itu adalah paras tertinggi sejak awal Jun dan lonjakan 13% dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Pada hari Rabu, Ethereum telah memulakan pengujian fasa akhir untuk penggabungan, dimana ia menjadi acara penting akan dilaksanakan pada bulan hadapan. Salah satu rangkaian ujian ethereum, dipanggil Goerli, mensimulasikan proses yang serupa dengan apa yang akan dilaksanakan oleh rangkaian utama pada bulan September. Testnets membenarkan pembangun untuk mencuba dan membuat pelarasan yang diperlukan sebelum kemas kini dilancarkan pada blockchain utama.

Penggabungan itu akan melihat peralihan blok asas ether daripada sistem P-o-W kepada model yang lebih cekap. Mekanisme konsensus PoW adalah bergantung pada pelombong kripto untuk mengesahkan transaksi. ‘Penggabungan’ yang dirancang telah ditangguhkan beberapa kali, kini dijangka berlangsung pada 19 September.

Setelah dimuktamadkan, penambahbaikan itu dijangka mempercepatkan urus niaga pada rangkaian ethereum dan menjadikannya lebih cekap.

Disisi lain, Bitcoin telah kehilangan sedikit asas kepada token lain dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan penguasaan pasarannya merosot di bawah 40% daripada hampir 70% pada awal tahun 2020. Maka tidak hairanlah ada yang berpandangan bahawa ethereum akan menjadi raja kripto. Namun menurut pakar IT Kaj Burchardi kedua-duanya tidak bersaing secara langsung antara satu sama lain.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat