“Ada suka ada yang tak suka PYUSD, anda pula macam mana?”
Nikolaos Panigirtzoglous, penganalisis JP Morgan mendedahkan Ethereum (ETH) bakal mendapat manfaat besar daripada PayPal USD (PYUSD) susulan kehadiran stablecoin baharu mampu memberi kesan positif kepada aktiviti aset digital itu.
Memang tidak dinafikan ketibaan PYUSD telah disambut baik oleh pasaran mata wang kripto, tetapi beberapa pakar turut mengkritiknya walaupun JP Morgan melihat stablecoin itu sebagai perkara positif untuk rangkaian blockchain.
Jadi di sini dapat dilihat bahawa pasaran kripto bersedia untuk mendapat saingan besar daripada aset digital akan datang, namun perlu diingatkan terdapat satu entiti berupaya dapat manfaat lebih daripada yang lain.
Oleh demikian, Panigirtzoglous berpandangan ETH akan memperoleh pelbagai faedah daripada PYUSD, di mana aktiviti rangkaiannya mampu menyaksikan lonjakan besar seterusnya meningkatkan Jumlah Nilai Terkunci (TVL).
Rentetan itu, aktiviti termasuk utiliti rangkaian ETH sebagai platform stablecoin ataupun DeFi turut akan melonjak, ulas penganalisis JP Morgan tersebut sambil menambah lebih banyak firma mungkin lebih minat pilih blockchain ETH untuk laksanakan stablecoin atau projek decentralized mereka.
Bukan itu sahaja, PYUSD juga dikatakan berpotensi mengatasi stablecoin Binances USD (BUSD) dan perkara menariknya, PYUSD telah dikeluarkan oleh Paxos iaitu syarikat yang memaksa pengawal selia berhenti mengeluarkan BUSD.
Umum mengetahui ramai mengkritik PayPal atas keputusannya untuk menjalankan stablecoin di ETH susulan yuran transaksinya yang tinggi tetapi selepas itu, ada pihak mencadangkan PayPal mensubsidi kos atau sokong kehadiran stablecoin di rangkaian lain.