Ethereum Capai Paras Tertinggi, Ripple & Bitcoin Jatuh

691

Bitcoin dan Ripple meneruskan penurunan pada Rabu dengan XRP jatuh 15.9% setakat pukul 7.42 malam. Ethereum pula terus bertahan sambil mengaut keuntungan sejak kejatuhan modal pasaran crypto lima hari lalu.

Ripple didagangkan di sekitar $1.92 di bursa (exchange) Bitfinex setakat pukul 7.45 malam.

Bitcoin pula didagangkan di sekitar $13,970 di bursa Binance, manakala Ethereum bergerak pada harga $1,327 setakat pukul 7.48 malam.

Dengan kejatuhan Ripple sekaligus menolak matawang ini jatuh ke tangga ketiga dari segi modal pasaran terbesar. Ethereum mendapat semula tempatnya di tangga kedua dengan modal pasaran $125 billion berbanding Ripple $74.6 billion.

Ethereum mengambil tempat kedua modal pasaran terbesar sejak Isnin apabila spekulasi bahawa Ripple akan disenaraikan di Bursa Coinbase tidak menjadi kenyataan. Bermula daripada kekecewaan inilah pelabur mula menjual Ripple sehinggalah pada hari ini. Namun, selepas kejatuhan ke paras terendah hari ini, Ripple dilihat membuat sedikit pemulihan.

Bitcoin mengalami kejatuhan selepas laman web CoinMarketCap pada Isnin dengan tidak dijangka mengecualikan harga dari bursa Korea Selatan daripada kiraan harga matawang-matawang digital.

Terdapat juga laporan bahawa kerajaan China sedang mempertimbangkan untuk menutup lombong matawang crypto sekaligus telah menambah panik dalam pasaran.

Kenaikan Ethereum ini disokong oleh komen pengasas bersama ETH iaitu Steven Nerayoff yang berkata pada Isnin kepada CNBC bahawa protokol Ethereum dijangka digunakan secara meluas dalam aplikasi dunia blockchain.

“Apa yang anda lihat sekarang projek Ethereum meningkat berkali-kali ganda. Terdapat berbillion dolar di dalam ekosistem ini sekarang dan mungkin ETH mendapat 10 kali ganda projek tahun ini berbanding tahun lepas yang mana menjadikan harga ETH naik dua kali atau tiga kali ganda dengan mudah.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat