Ethereum (ETH) Diramal Bakal Capai $5,000?

1,955

Ethereum (ETH), aset digital kripto kedua terbesar di dunia , mencapai paras tertinggi terbaru sepanjang masa beberapa hari yang lalu pada harga $4,362.35.

Secara khusus, Ethereum mencatatkan kadar pertumbuhan 30 hari yang luar biasa lebih daripada 100%. Mengikut ramalan mungkin ETH akan mencecah $5,000 hingga $10,000.

Selain prestasi pasaran ETH, rangkaian ini juga dalam proses untuk melengkapkan teknologi Ethereum 2.0. Teknologi ini akan mengurangkan cabaran yang dihadapi ETH pada masa ini iaitu harga Gas Fee yang terlalu tinggi.

Baru-baru ini, rangkaian Ethereum sekali lagi berhadapan dengan lonjakan harga gas (kos transaksi) sehingga 470% pada 11 Mei lalu. Harga gas pada waktu itu mencecah hampir $70 iaitu rekod tertinggi sepanjang masa dengan peningkatan hampir dua kali ganda daripada rekod Februari $40.

Jadi dengan teknologi 2.0 ini, lebih ramai peniaga dan pelabur dapat memaksimumkan dana mereka dalam pembelian kripto sambil menikmati bayaran yang terendah.

Dari sudut analisa teknikal, ETH kembali menguji paras sokongan sekitar harga $3,200 – $3,500 setelah membuat ‘all-time high’ terbaru pada 12 Mei lalu selepas lonjakan harga gas meningkat.

Berkemungkinan jika harga berjaya kembali membuat kenaikan pada paras ‘all-time high’, harga bakal menguji zon tersebut sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Tetapi jika situasi penurunan harga terus terjadi, tumpuan paras harga untuk diuji adalah sekitar $2,900 sebelum mencapai paras sokongan terendah yang pernah dicatatkan.

Lihat gambar carta matawang kripto ETH/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat