EU Beri Amaran Kepada UK – Tidak Akan Berkompromi Dalam Rundingan Perdagangan Nanti!

340

Pada hari ini, pemimpin perunding Brexit EU, Michel Barnier telah mengeluarkan kenyataan bahawa EU tidak akan sesekali berkompromi pada intergriti blok pasaran tunggal apabila ia dibangkitkan dalam rundingan perdagangan dengan UK.

Kata Barnier, EU tidak akan kompromi terhadap pasaran tunggal, ia tidak akan berlaku. Lanjut beliau, pasaran tunggal merupakan aset utama bagi pihak EU. Pasaran tunggal EU bertujuan untuk menjamin pergerakan yang bebas dalam barangan, modal, perkhidmatan dan buruh dalam EU. Dengan populasi lebih daripada 500 juta orang dan pengguna, nilai keanggotan pasaran tunggal dan pergerakan barangan dan perkhidmatan yang bebas dapat menjana keuntungan kepada sektor perniagaan di blok tersebut.

Tamsilnya, apabila UK meninggalkan EU pada hari Jumaat, 31 Januari ini, ia akan kekal sebagai ahli pasaran tunggal namun hanya semasa tempoh peralihan sehingga akhir tahun 2020.

Dalam jangka waktu yang singkat ini UK dan EU akan cuba sedaya upaya untuk mencapai perdagangan walaupun dengan masa yang terlalu suntuk. Di samping itu, EU juga memberi amaran kepada UK bahawa hubungan perdagangan tidak akan menjadi sama.

Pada hari Isnin, Perdana Menteri Ireland Leo Vardkar telah mengluarkan sebuah kenyataan dalam wawancara beliau bersama BBC bahawa EU akan menjadi “pasukan yang lebih kuat” dalam rundingan perdagangan pasca Brexit dan dalam masa yang sama beliau berpendapat untuk mencapai kesepakatan dalam rundingan akan menjadi suatu yang sukar.

Sementara ini UK difahamkan berminat untuk mengekalkan perdagangan barang dan perkhidmatan tanpa halangan yang selama ini dinikmati apabila menjadi sebahagian daripada EU. Walaubagaimanapun, Barnier berpendapat hal itu adalah suatu yang tidak mungkin untuk diteruskan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat