EUR/JPY Berubah Arah Selepas Yen Mula Kukuh Semula

129

Menjadi pemacu pengukuhan mata wang Yen bermula di awal sesi Asia pagi ini adalah laporan terbaru tentang perubahan dasar monetari di Jepun.

Bank of Japan (BOJ) dilaporkan sedang mengkaji semula impak pelonggaran polisi mereka sebelum ini selain mempertimbangkan tentang ketidaktentuan keluk hasil.

Sebelum ini juga, ada pandangan yang tercetus dalam pasaran bahawa dasar monetari yang longgar diterapkan oleh Jepun untuk tempoh yang lama bakal berubah setelah berakhirnya penggal Gabenor Haruhiko Kuroda pada April 2023 nanti.

Yen kembali menunjukkan sedikit pengukuhan hari ini setelah bergerak suram sejak awal minggu berikutan impak positif pembukaan ekonomi China yang menghilangkan tarikan mata wang safe-haven.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY mula mengalami perubahan arah harga sejak sesi Asia pagi ini.

Sebelum ini, harga telah menunjukkan corak kenaikan dari awal minggu sehingga capai paras ketinggian sekitar 142.800 semalam, namun mula paparkan penurunan semula ekoran pengukuhan oleh Yen yang menekan harga turun ke bawah.

Memulakan dagangan di sesi Asia sekitar 142.400, harga telah susut ke sekitar 141.600 setakat awal sesi Eropah bermula.

Penurunan harga juga telah melihatkan harga berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY, memberikan isyarat bearish buat harga.

Penurunan jika diteruskan sehingga ke sesi berikutnya dijangka akan menuju ke zon sokongan pada 140.00.

Menyambung penurunan lebih rendah dilihat akan menuju ke zon tumpuan yang dicecah pada minggu lalu sekitar 137.500.

Berbeza situasi jika harga meneruskan kenaikan lebih tinggi semula mengatasi paras dicapai semalam di ketinggian 142.800 tersebut.

Kenaikan yang diteruskan melepasi zon rintangan itu bakal mensasarkan pula pada ketinggian terbaru sekitar 145.00.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat