Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY mula perlahan selepas mencapai paras 157.00 yang menjadi rekod tertinggi harga sejak 2008.
Corak bullish harga telah dikekalkan sehingga ke minggu lalu sebelum tertahan di paras 157.00.
Mata wang Euro dilihat memiliki kelebihan berbanding Yen berdasarkan perbandingan pada dasar monetari bank pusat Eropah (ECB) dan bank pusat Jepun (BOJ).
ECB yang telah menaikkan kadar faedah pada mesyuarat terbaru lebih menyokong Euro untuk meningkat berbanding Yen apabila BOJ dilihat terus mengekalkan dasar monetari yang longgar seperti sebelumnya.
Justeru, corak kenaikan lebih tinggi akan dijangka untuk berterusan lagi pada carta EUR/JPY jika tiada apa-apa perubahan pada dasar monetari bank pusat selain faktor-faktor sentimen semasa pasaran.
Menyambung dagangan di sesi Asia bersambung ke sesi Eropah hari ini (Selasa), harga sedikit meningkat perlahan menyentuh paras 157.00.
Pergerakan harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY mencadangkan trend bullish harga diteruskan lagi minggu ini.
Namun harga perlu melepasi dahulu rintangan pada 157.00 yang telah diuji sejak minggu lalu lagi.
Jika harga berjaya tembusi rintangan penting itu, kenaikan bakal diteruskan dengan sasaran untuk menuju sehingga paras 160.00 selain memecahkan rekod harga yang terbaru lagi.
Sebaliknya jika gagal harga untuk melepasi 157.00, harga berkemungkinan melantun turun semula menguji beberapa paras tumpuan minggu lalu seperti 155.200 dan sokongan 154.00.
Seterusnya, penurunan lebih rendah akan diteruskan setelah paras-paras tersebut dilepasi dengan pergerakan trend bearish yang lebih jelas.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG