EUR/USD Akan ‘Bertenang’ Dulu Sebelum Mesyuarat FOMC?

137

Pelabur dijangka akan mula berwaspada terhadap pergerakan pasaran di awal minggu ini khususnya buat mata wang US dolar yang bakal rancak pada penghujung minggu.

Tumpuan akan terarah pada mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti untuk menjawab persoalan kenaikan kadar faedah yang akan dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed).

Dengan jangkaan kenaikan kadar faedah 75 mata asas untuk kali ketiga berturut-turut, malah ada jangkaan sehingga kenaikan 100 mata asas, pastinya akan memberi impak ketara terhadap US dolar.

Justeru, penganalisis menjangkakan bakal berlaku pergerakan harga yang drastik pada carta pasangan mata wang EUR/USD minggu ini.

Sejak penghujung minggu lalu, harga bergerak pada zon mendatar di paras pariti 1.0000 dengan paras sokongan pada 0.99500.

Harga sedikit melepasi paras 1.0000 pada penutup dagangan Jumaat lalu dan bersambung pada pembukaan pasaran awal minggu di sesi Asia, harga berlegar perlahan di atas paras tersebut.

Ini menjadi petunjuk awal untuk permulaan corak bullish harga pada carta EUR/USD, namun masih awal untuk pelabur menilai sementara menantikan petunjuk yang lebih jelas.

Jika harga berjaya kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, berkemungkinan kenaikan lebih tinggi akan diteruskan sekiranya US dolar alami penyusutan nilai.

Untuk jangkaan kenaikan, harga yang melonjak dari paras pariti 1.0000 akan menuju ke rintangan awal pada 1.01000 sebelum mengacah paras ketinggian yang dicapai minggu lalu.

Melepasi paras 1.02000 seterusnya akan mendorong kenaikan lanjut harga ke paras tumpuan sekitar 1.03000 pula.

Sebaliknya, jika US dolar sudah memulakan pengukuhan menjelang mesyuarat FOMC, bakal berlaku penurunan semula harga melepasi paras pariti 1.0000 dan sokongan 0.99500 yang menjadi tumpuan minggu lalu.

Penurunan lebih rendah bakal menuju ke zon support 0.98800 yang diuji pada dagangan awal September.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat