EUR/USD Akhirnya Terjun Bawah Zon $1.0500, Rekod Harga Terendah 5 Tahun

304

Sentimen pasaran yang berisiko telah mendorong peningkatan permintaan terhadap mata wang safe-haven menuju penghujung minggu.

US dolar bersama Yen dan Swiss franc menonjol pada dagangan Khamis semalam dalam suasana penjualan panik dalam pasaran saham dan kripto dengan spekulasi pengetatan dasar besar-besaran oleh bank-bank pusat utama.

Federal Reserve (Fed) dilihat berada beberapa langkah di hadapan bank pusat lain selepas menaikkan kadar faedah dengan agresif kepada 50 mata asas pada mesyuarat FOMC lalu, dan dijangka akan melakukan perkara yang sama untuk beberapa mesyuarat seterusnya.

Berbanding Euro, US dolar telah berjaya mengukuh ke paras tertinggi 5 tahun sementara mata wang Eropah itu pula terus bergelut dengan beberapa faktor yang memberi tekanan.

Namun situasi boleh berubah sekiranya pelabur mula menyerap jangkaan untuk petunjuk bagi kenaikan kadar faedah yang bakal dimulakan oleh European Central Bank (ECB).

Pada carta harga pasangan EUR/USD, harga telah memaparkan penurunan lebih agresif semalam selepas berjaya menembusi zon support 1.0500.

Zon support tersebut telah menyokong harga sejak penghujung April lalu, namun gagal untuk membendung penurunan lebih rendah harga semalam untuk catatkan paras terendah terbaru 5 tahun.

Harga telah susut sehingga ke bawah zon tumpuan 1.04000 iaitu zon support harga pada dagangan Disember 2016 lalu. Penurunan terendah mencecah sekitar 1.03550 di sesi New York.

Dan jika penurunan masih diteruskan pada penutupan dagangan minggu ini, harga dilihat akan merekod paras terendah terbaru harga untuk tempoh 20 tahun, iaitu sejak tahun 2002.

Sekiranya kenaikan harga berlaku pula, rintangan dilihat pada zon 1.0500 iaitu zon SBR (support become resistance) terbaru bakal diuji.

Melepasi paras tersebut akan memberi isyarat untuk kenaikan harga yang lebih tinggi menuju zon rintangan seterusnya sekitar 1.0600.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat